Bulan dalam kalendar qamari-suria Kalendar Hindu

Apabila anak bulan muncul sebelum matahari terbit, maka hari itu dianggap sebagai hari pertama dalam bulan qamari. Oleh itu, nyata sekali akhir bulan qamari itu serentak dengan anak bulan. Sebulan qamari mempunyai 29 atau 30 hari (mengikut peredaran bulan).

Hari qamari hanya dikenali dengan tithi pada waktu matahari terbit. Tiadanya bilangan hari bulan dari awal ke akhir bulan. Kadang-kadang, dua hari yang berturut-turut berkongsi satu tithi. Dalam hal sedemikian, hari yang kedua dipanggil adhika tithi (adhika bererti "tambahan"). Adakalanya juga, suatu tithi tidak dapat merasai matahari terbit, oleh itu tiadanya hari yang dikenali dengan tithi itu, yakni tithi kṣaya (kṣaya bererti "keciciran").

Nama bulan

Takwim qamari Hindu terdiri daripada 12 bulan:

  1. Chaitra (चैत्र) Meṣa (Aries)[6]
  2. Vaiśākha (वैशाख) Vṛṣabha (Taurus)[7]
  3. Jyaiṣṭha (ज्येष्ठ) Mithuna (Gemini)[8]
  4. Āṣāḍha (आषाढ) Karka (Cancer)[8]
  5. Śrāvaṇa (श्रावण) Siṃha (Leo)[8]
  6. Bhādrapada or Bhādra also Proṣṭhapada (भाद्रपद,भाद्र,प्रोष्ठपद) Kanyā (Virgo)[8]
  7. Āśvina in,sometimes Aśvayuja ( आश्विन,अश्वयुज) Tula (Libra)[8]
  8. Kārtika (कार्तिक) Vṛścika (Scorpio)[8]
  9. Agrahāyaṇa or, Mārgaśīrṣa (मार्गशीर्ष,अग्रहायण) Dhanus (Sagittarius)[8]
  10. Pauṣa (पौष) Makara (Capricorn)[8]
  11. Māgha (माघ) Kumbha (Aquarius)[8]
  12. Phālguna (फाल्गुन)Mīna (Pisces)[8]

Penentuan nama bulan qamari sebenarnya tidak begitu terus. Ini berasaskan rāśi (bintang zodiak) yang mana dimasuki oleh Matahari dalam satu bulan qamari, iaitu sebelum anak bulan yang mengakhiri bulan.

Terdapat 12 nama rāśi, maka terdapat 12 nama bulan qamari. Apabila matahari memasuki Meṣa rāśi dalam sesebuah bulan qamari, maka nama bulan itu adalah Caitra; apabila matahari memasuki Vṛṣabha, maka bulan itu bernama Vaiśākha, dan sebagainya.

Jika peralihan Matahari melalui buruj-buruj zodiak (rāśi) digunakan, maka terdapat bulan-bulan suria yang tidak beranjak-anjak pada kalendar Gregory. Yang berikut ialah bulan-bulan suria bersama musim-musim dan bulan-bulan Gregory yang berpadan:

(Rāśi)
Saura Māsa
(bulan suria)
Ṛtu
(musim)
Nama TamilBulan Gregory
Tropika
Zodiak Veda Ikut Bintang
MeṣaVasanta
(musim bunga)
இளவேனில்Mac-AprAries
VṛṣabhaApr-MeiTaurus
MithunaGrīṣma
(musim panas)
முதுவேனில்Mei-JunGemini
KarkaṭaJun-JulCancer
SiṃhaVarṣā
(musim monsun)
கார்Jul-OgosLeo
KanyāOgos-SeptVirgo
TulāŚarad
(musim luruh)
கூதிர்Sept-OktLibra
Vṛścik‌‌‌aOkt-NovScorpius
DhanuHemanta
(musim salji)
முன்பனிNov-DisSagittarius
MakaraDis-JanCapricornus
KumbhaŚiśira
(musim sejuk)
பின்பனிJan-FebAquarius
MīnaFeb-MacPisces

Setiap bulan qamari terbahagi kepada dua Pakṣa 15 hari. Pakṣa bulan membesar dipanggil Śukla Pakṣa (separuh terang), sementara pakṣa bulan mengecil dipanggil Kṛṣṇa Pakṣa (separuh gelap). Terdapat dua sistem yang berbeza untuk membuat takwim qamari:

  • Amāvāsyanta atau mukhya mana: satu bulan bermula dengan anak bulan dan berakhir dengan anak bulan, banyak diikuti di negeri selatan;
  • Pūrṇimānta atau gauna mana: satu bulan bermula dengan bulan purnama dan berakhir dengan bulan purnama, banyak diikuti di negeri utara.

Bulan lompat (Adhika Māsa)

Apabila matahari langsung tidak memasuki sebarang rāśi baru tetapi kekal dalam rāśi yang sama sepanjang bulan qamari (yakni sebelum anak bulan), maka bulan qamari itu dinamai sempena peralihan akan datang yang terawal, diimbuhi dengan adhika atau "tambahan". Misalnya, jika lengkapnya satu bulan qamari tanpa sebarang peralihan suria, dan peralihan suria seterusnya adalah Meṣa, maka bulan tanpa peralihan ini dipanggil Adhika Caitra Māsa. Bulan yang seterusnya dilabelkan mengikut peralihan biasanya dan mendapat imbuhan nija ("asal") atau śuddha ("tidak tercampur").

Bulan lompat atau adhika māsa (māsa bermaksud bulan qamari dalam konteks ini) jatuh sekali setiap 32.5 bulan. Ia juga dikenali sebagai puruśottama māsa dalam konteks keagamaan. Oleh itu, 12 māsa bersamaan dengan kira-kira 356 hari, sementara setahun suria terdiri daripada 365 atau 366 hari (dalam tahun lompat) untuk menimbulkan beza 9 hingga 10 hari yang diimbangi setiap tahun ketiga. Tiada adhika māsa jatuh ketika Kārtika hingga Māgha.

Pesta sebulan lamanya disambut di Machhegaun ketika adhika māsa. Adalah dipercayai bahawa seseorang boleh membersihkan semua dosanya dengan berendam dalam kolam Machhenarayan.

Bulan hilang (Kṣaya Māsa)

Jika matahari memasuki dua rāśi di dalam satu bulan qamari, maka bulan itu perlu dinamai berasaskan kedua-dua peralihan itu, dan memakai imbuhan kṣaya atau "kehilangan". Dianggap wujudnya "kehilangan" kerana dalam hal ini, cuma ada satu bulan yang dilabelkan oleh kedua-dua peralihan. Jika matahari hanya memasuki satu rāśi dalam satu bulan qamari seperti biasa, maka perlunya dua bulan berasingan yang dinamai oleh dua peralihan tersebut.

Contohnya, jika matahari memasuki Meṣa dan Vṛṣabha dalam satu bulan qamari, maka ia dipanggil Caitra-Vaiśākha kṣaya-māsa. Tiadanya bulan-bulan berasingan yang bernama Caitra dan Vaiśākha.

Kṣaya Māsa amat jarang berlaku. Kali terakhir berlaku pada tahun 1983, apabila 15 Januari hingga 12 Februari dipanggil Pauṣa-Māgha kṣaya-māsa. Bulan mulai 13 Februari dipanggil (Adhika) Phālguna.

Berkaitan